MOST NUMBER OF SIGNATURES COLLECTED IN A CAMPAIGN


MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

01 May 2019

-

-

MOST NUMBER OF SIGNATURES COLLECTED IN A CAMPAIGN

The National Occupational Safety and Health Policy (DKKPN) was signed by the Prime Minister of Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad on 15 January 2019. This policy was launched by YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Deputy Prime Minister of Malaysia on 27 February 2019 at the national level.

This policy is the Government's initiative and commitment with employers and workers to improve the level of occupational safety and health through sustainable risk management at the workplace in protecting employers and workers in Malaysia as well as to enhance the country's productivity and competitiveness.

In this regard, the National Council for Occupational Safety and Health (MNKKP) and Department of Safety and Health (DOSH) has launched a Campaign and successfully obtained a place in the Malaysia Book of Records for the “Most Number of Signatures Collected in a Campaign”.

The signature campaign was held simultaneously nationwide from 1 April 2019 to 20 April 2019. A total of 115, 951 signatures have been obtained during the 20 days.

 

BILANGAN TANDATANGAN PALING BANYAK DALAM SEBUAH KEMPEN

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 Januari 2019. Dasar ini pula telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Februari 2019 diperingkat  kebangsaan.

Dasar ini merupakan inisiatif dan komitmen Kerajaan bersama para majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi pengurusan risiko yang mampan di tempat kerja dalam melindungi majikan dan pekerja di Malaysia selain dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing Negara.

Sehubungan itu, Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) &

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berhasrat untuk melancarkan satu Kempen dan menempa tempat di dalam Malaysia Book of Records untuk ‘Bilangan Tandatangan Paling Banyak dalam Sebuah Kempen’.

Kempen tandatangan ini diadakan serentak di seluruh negara mulai 1 April 2019 hingga 20 April 2019. Sebanyak 115, 951 tandatangan telah diperolehi sepanjang 20 hari tersebut.