MOST NUMBER OF PARTICIPANTS IN A HAND SANITIZING RELAY


HOSPITAL KUALA LUMPUR

13 Nov 2018

HOSPITAL KUALA LUMPUR

03-2615 5621

On November 13, 2018, Hospital Kuala Lumpur (HKL) assured their name in the Malaysia Book of Records for the ‘Most Number of Participants In A Hand Sanitising Relay’. A total of 3,559 participants, comprising nurses and doctors, participated in the Hand Sanitising Relay to raise awareness of the importance of effective hand hygiene. Held at Hospital Kuala Lumpur itself, the event was an extension of World Hand Hygiene Day usually observed in May. The objectives of this event were to promote an obligation to hand hygiene among medical personnel, increase awareness on the importance of hand hygiene to reduce healthcare-associated infection (HCAI) and make public announcements that hand hygiene was on HKL’s daily priority list. Also present were Health Ministry medical development division chief assistant director Dr. Noor Aziah Zainal Abidin and organizing committee chairman Dr. Nor Azham Hakim. 

BILANGAN PESERTA PALING RAMAI DALAM CUCIAN TANGAN SECARA BERGILIR-GILIR
Pada 13 November 2018, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencipta nama dalam Malaysia Book of Records untuk 'Bilangan Peserta Paling Ramai dalam Cucian Tangan Secara Bergilir-gilir'. Seramai 3,559 peserta yang terdiri daripada jururawat dan doktor telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini seterusnya dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kebersihan tangan yang betul. Aktiviti ini diadakan di Hospital Kuala Lumpur sempena World Hand Hygiene Day yang biasanya diadakan pada bulan Mei. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan dalam kalangan kakitangan perubatan, meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kebersihan tangan dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan dan memberitahu kepada masyarakat bahawa kebersihan tangan merupakan keutamaan harian di HKL. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Noor Aziah Zainal Abidin dan pengerusi jawatankuasa penganjur, Dr Nor Azham Hakim.